“siapa kita” halaqah tv9

Posted: March 30, 2008 in LiFe^n^FamilY

bismillah..

“siapa kita” halaqah tv9 sebentar td amat menginsafkan.

kata ustaz  sebelum menutup forum,” kita ialah hamba allah yang dicipta sebaik2 kejadian. so, siape kite nak sombong waktu hidup nih..”

part yg menarik sbb ade ustaz jamnul azhar, beliau mengupas ttg DNA yang banyak2 itu dapat membentuk2 ayat2 arab hatta perkataan Allah dan bismillahirrahmanirrahim.. dan jika mahu dipanjangkan, DNA kita boleh membentuk cerita2, dan jika cerita2 itu ingin dibaca, hayat 100 tahun diperlukan untuk mengkhatam kisah kita tersebut.. subhanAllah..

ustza jamnul ialah seorrang ikon profesiional muslim yang cukup menarik minat saya. Beliau pernah menyampaikan ceramah di uia pj ttg kebesaran Allah. Beliau juge telah menyambut kira2 800 org bayi, dan beliau adalah pemegang beberapa PhD dalam bidang perubatan.. Beliau turut mendalami ilmu2 agama selain ilmu2 dunia. Buktinya, beliau juga mempunyai ijazah sarjana muda bidang syariah. SubhanAllah..

apa yg terlintas di hati ini ialah, “hebatnya manusia ciptaan Allah ni.. macam2 ilmu boleh ye kuasai.”

masih ingat di minda ini yang beliau pernah menyebut bahawa guru beliau adalah pemegang kepada 12 PhD.

“tapi, orang2 begini kurang ditonjolkan.yang ditonjolkan, ikon2 penyanyi..popular sebab menyanyi.. sepatutnya teks pelajaran kat sekolah tu dirombak.. “komen ayah.

“ade ke..skg, org yg berkuase tuh..nak wat sistem baru..sistem di mane guru2 yg ajar form 6 dinaikkan taraf..menyamai taraf ngan gpk sekolah..mane adil..cikgu tu hanya mengajar satu form je.. gpk skolah yang menguruskan sekolah penat2… same DG dgn cikgu2 form 6..” ujar emak dgn penuh semangat.

DG merujuk kepada pangkat seseorang guru.

” ni sampai ade cikgu tu, x nak pgg gpk dah, sume nak jd cikgu form6..huhu..mane asil..lagi satu, ptk..cikgu2 muda yang mengaja 5 6 tahun..byk dapat naik pangkat..naik gaji..lagi tinggi dari cikgu2 senior..yang dah ngajar 20 tahun.. cikgu2 senior ni dah maleh nak care pasal ptk tu..” sambungnya lg.

PTK merujuk kepada penilaian tahap kecekapan, iaitu ujian untuk guru-guru unutk menilai prestasi mereka masing2.

Aku hanya tersenyum mendengar keluhan mak tadi. Dah berkuase, perlu menggunakan kausanya untuk kebajikan orang2 di bawahnya. Realiti dunia hari ini. Mengejar dunia. Cinta dunia dan takut mati. Na’uzubillah. Dunia kata pergi, kubur kata mari. Sekarang ni banyak berita kematian yang telah aq denga. Ulama di kelantan, ibu bapa rakan seperjuangan.. Terase yang malaikat itu bila-bila sahaja datang menjemput..Astagfirullah..

Ya Allah, jadikan aku manusia yang menghargai masa…

Pesan Imam Hasan al-Banna yang ke sepuluh, `Wajibaat aksaru minal Auqat..`

Kewajipan itu lebih banyak dari masa yang ada…

Comments
  1. Shah says:

    Assalamualaikum.
    Bertuah malaysia dapat tokoh yang seumpama ini.
    Namun saya musykil..atas beberapa sebab:

    1. Dr Jamnul sezaman dengan saya di Mesir
    2. Delay study terlalu lama dari yang sefakulti dengannya
    3. Sibuk berniaga DHAB sewaktu study
    4. Pernah digantung biasiswa kerana againts goverment
    5. Saya dah balik hampir sepuluh tahun baru dia habis study perubatan
    6. Mungkin ada orang buat banyak Phd dalam satu masa.
    7. Pernah silap bagi deskripsi semasa bertugas di Perlis…dr lain bg tahu (yang sezaman dengannya)

  2. Hamba Allah says:

    Tapi lama dah us jamnul tak kuar tv…….baru2 ni buat siaran lambat lak tu…..kul 10.30 baru mula……… ramai org nak tido dah………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s