ramadhan!

Posted: September 4, 2009 in LiFe^n^FamilY

Mutiara dari seorang ulama’ di Pulau Manis, Tokku Hj Ibrahim Muhammad..

“Masuklah ramadhan dgn kesyukuran dan merasai bahawa inilah ramadhan terakhir dalam kehidupan ini, hiruplah cahaya ramadhan dengan kecintaan, hidupkan setiap nafas ramadhan dengan syuhud kepada Allah, puasakan segala pilihanmu dengan pilihanNya, puasakan memandang wujud yag lain melainkan wujudnya,biarkan hamba lain tenggelam dalam ibadah, namun engkau tenggelamkan diri dalam tanah kesunyian tiada kewujudan diri, sesungguhnya bulan ini bulan kasih sayang-Nya kpd hmba yg rindu pd-Nya, ia mempunyai kekuatan yg hebat dlm menyingkap cahaya makrifat dalam batinmu sehingga berpuasa segala anggotamu dari yg lain kerana terasyik, puasa meninggalkan diri kepada hakikat diri, khalwah dirimu dari segala bentuk kewujudan diri adalah hakikat puasa, tenggelamkn dirimu dengan kesungguhan dalam lautan ketiadaan diri, dgn keberkatan nur ramadhan, ia bagaikan buraq yg akan membawa diri kpd alam musyahadah, sesungguhnya segala hijab itu sudah ditambat,syurga makrifat terbuka segenap penjuru, amat rugi bagi sesiapa yg tiada menggunakan ramadhan ini utk mencapai makrifat krn sgl hijab tlh terlerai lembut dan pintu makrifat terbuka luas, kejarlah dengan air mata dan zikir sehingga tiada lagi bunyi dan huruf, nescaya engkau perolehi ketakwaan dan kecintaan menyebabkan gementar segala urat sarafmu. Maka, engkau akan mengerti cinta Allah pada Muhammad dan cinta Muhammad pd Allah”

~~setelah 2 tahun tiada post baru utk blog ini.. akhirnya syukur Allah panjangkan usia utk memeriahkan semula blog ni. Nasib baik tak didelete blog ni tempohari, sedikit sebanayak dapat memberi manfaat buat surfers. Utk makluman, entri tazkirah pagi sebelum ni bukan ditulis oleh saya sendiri, itu sebagai satu usaha menyebarkan ilmu.. sumbernya pun dah hilang entah ke mana.. selamat menyambut ramadhan buat semua.. semoga kita benar2 berusaha menjadi orang muttaqin.. walaupun Allah hanya menjanjikan muttaqin dengan kata “mudah-mudahan kamu beroleh taqwa.” satu ungkapan yang menun jukkan bukan senang utk berjaya menjadi muttaqin di bulan puasa ni… Menunjukkan perlunya kita bersungguh-sungguh dalam mencari seribu khazanah Ramadhan..

Kini aku dalam masa peperiksaan.. Alangkah indahnya kalau aku bersungguh-sungguh di bulan ini sebagaimana aku bersungguh2 belajar mengahadapi exam physio, organic chem dsb.. ya Allah, aku hama hina.. Aku banyaka meminta.. tapi aku sering kali lupa… lupa lalai leka.. teringat kata-kata seorang sahabat semasa tazkirah rx8, kita ni selalu dunhil.. ‘dunia ini sementara tapi manusia lalai leka’~ macam nilah agaknya bunyinya…

sekarang dah hampir 15 ramadhan…. tapi kita masih…. bukan kita, tapi aku masih…… di takuk lama.

muhasabah bersama, ramadhan bulan bonus Allah pada hamba-hamba-Nya, tapi tak sudikah kita menerima bonus ini?

inilah dugaan perkara ghaib, hanya orang yang suluh hatinya dengan petunjuk Allah, mampu merasai dan merebut nikmat ini…

Sahhillana ya Allah………………..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s